PuKuL BeRaPa DaTuK HaRiMaU...




Free Clock



Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 30 May 2012

Batuk, demam dan selsema


Assalam readers, ini entry ringkas dari cik d.....minggu ni sume anak2 cik d deman batuk selsema secara serentak bermula ari isnin....(act before isnin....ade yg start sabtu...ade yg ahad...) so means ari isnin sume dtg dgn teman baik bertiga ni...Syukur alhamdulillah anak2 cik d x meragam teruk...klu ade pun nak mengada2 dan manje2 jer....cuma kurang mkn je...so kena pelbagaikan makanan depa ni...x boleh nasi jer...kdg mee,bee hoon, macaroni, spagethi atau nasi impit....Musim pun memainkan peranan yg penting...sana sini dengar org batuk selsema demam.....

So, cik d blogwalking...terjumpa 1 blog mummy ni bercerita mengenai kawan baik bertiga ni...boleh refer terus ke blog mummy sha ni.......byk info dan apa yg perlu kita tau (entry beliau pjg lebor)....happy reading readers :)




Monday, 2 January 2012

Cara pokcik dan mokcik omputih ajar anak mereka berfikir..so adorable..

selamat menonton...cik d bangga dengan parent budak montel ni...mendidik anak mereka mengkritik dan berfikir sedari kecik lagi....mereka juga ada hak untuk bersuara..



Sunday, 1 January 2012

~ Soothing sounds for baby ~



Anda tahu atau tidak..sebenarnya baby amat suke dengar bunyi2 seperti video di atas....cik d harap korang sume try la kat baby korang...klu anak2 korang meragam jer cuba bg dengar video ni...act its work for baby below 4 months.... ;) 

Tuesday, 22 November 2011

bErSaWaNg..........& 7 sebab bayi menangis.....

Assalamualaikum semua....lame betul cik d x update blog....byk yg diceritakan ni...tp tggu.............sebab kena tunggu....Pertama - cik d terlalu busy  Kedua- tgh tggu UNIFI officially akan dipasang ESOK!!! selepas itu cik d akan hari2 update ye.....heheheeh..just nak share satu info for all mommies...


7 SEBAB BAYI MENANGIS

Tujuh sebab bayi menangis dan bagaimana menenangkan mereka

Apakah sebabnya bayi menangis?

Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan itu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan senyuman,semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.

1. Saya perlukan makanan
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat
Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
  • muntah-muntah
  • diarea
  • konstipasi 
7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik.

Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu. [APA ITU KOLIK?]

Anak saya sedang menangis - apa harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.
  • Selimutkan dia dan peluk dengan rapi 
    • Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan. 
  • Dapatkan ritma yang teratur 
    • Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.) 
  • Buai-buaikan bayi 
    • Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta. 
  • Cubakan urutan 
    • Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas. 
  • Biarkan dia menghisap sesuatu 
    • Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang. 
Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibubapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas.

Di sini diberikan beberapa cadangan:
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

Friday, 23 September 2011

Dah Xde ayat Dah.... ''NAAUZUBILLAH""



Cer tgk entry ni..saya copy paste jer....x terkata saya sangat terkedu.... mmmmm :'(



Budak 2 tahun Diperkosa Di Rumah Pengasuh

 | 23/09/2011
PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit. 
Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya. 
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.


Monday, 8 August 2011

sekadar perkongsian...

sekadar berkongsi.....sila lah bace yer....


Bilakah masanya selamat untuk saya 
memberikan bayi .... ?

Terdapat banyak kekeliruan tentang bilakah selamat untuk memperkenalkan sesuatu makanan untuk bayi. Ibu yang mula memperkenalkan pepejal awal kepada bayi mereka sering mendengar rayuan menderu-deru “telur tak boleh, kacang tak boleh, buah sitrus tak boleh, gandum tak boleh, kismis tak boleh, kiwi tak boleh”, dan senarai pantang larang ini kian bertambah. Kadang-kala nasihat yang diberikan khusus untuk bayi yang mempunyai kesulitan tertentu, contohnya, bayi dari keluarga yang mempunyai sejarah alergi yang ketara, langsung diterima dan digunapakai untuk semua bayi. Jika keluarga anda menghidapi penyakit asmaekzema ataualergi makanan, adalah baik jika anda berbincang dengan doktor keluarga untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu mengelakkan makanan tertentu untuk masa yang lebih panjang.

Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan selama enam bulan. Bacalah artikel kami tentang memperkenalkan pepejal untuk maklumat lanjut.

Jika anda memilih untuk memperkenalkan pepejal lebih awal dari enam bulan setelah berbincang dengan doktor anda, ada sebilangan makanan yang anda patut elak sebelum usia enam bulan. Bacalah artikel di sini untuk maklumat tepat supaya boleh membezakan antara fakta dan dongeng. 

Gandum, oat dan lain makanan mengandungi gluten 

Risiko dijangkiti penyakit seliak berkurangan jika anda menghindarkan dari mengambil makanan mengandungi gluten, seperti gandum, gandum hitam dan makanan berasaskan barli. Ini termasuk roti, tepung gandum, pasta, sesetengah bijirin sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Oat elok dielakkan juga, sebab ia mungkin diproses di kilang yang juga memproses gandum. 

Telur 

Telur masak boleh dimasukkan ke dalam diet bayi anda apabila dia berusia enam bulan. Anda harus menghindari daripada menggunakan telur mentah dalam diet bayi sebab kadang-kala ianya mengandungi salmonela, yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Apabila memasak telur untuk bayi anda, pastikan telur dan putih telur itu kental. Atas rasional yang sama, adalah baik untuk tidak memberikan anak anda sebarang makanan yang berkemungkinan mengandungi telur mentah, seperti campuran kek yang tak masak, ais krim buatan rumah atau mayones, atau makanan pencuci mulut yang mengandungi telur mentah, seperti mousse. 

Kacang-kacang 

Memang benar yang anda sepatutnya tidak memberi kacang bulat kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun sebab risiko tercekik. Tetapi mentega kacang dan kacang kisar sesuai untuk untuk bayi lebih dari enam bulan dan kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah alergi keluarga.

Alergi yang serius terhadap kacang-kacang dan produk kacang, dan jenis kacang tertentu menjejaskan kurang daripada satu peratus populasi. Bayi anda mungkin lebih berisiko jika anda, suami anda, dan adik beradik, mempunyai masalah alergi seperti hayfever (alergi gatal disebabkan debu), penyakit asma dan/atau ekzema.

Dahulu disyorkan bahawa jika anda atau suami anda mempunyai sejarah alergi, anda mungkin mahu cuba mengelakkan kacang tanah semasa kehamilan dan penyusuan badan, dan tidak memberikan anak anda kacang tanah untuk tiga tahun pertama usianya. Namun begitu, Agensi Piawaian Makanan UK telah mengatakan bahawa nasihat ini harus ditarik balik, sebab tiada bukti yang cukup untuk mempertahankannya. Walau bagaimanapun, alergi kacang tanah jarang terdapat di kalangan orang Asia.

Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi, dapatkan nasihat doktor anda apabila hendak bercerai susu. Anda juga mungkin mahu merancang untuk membawa bayi anda berjumpa dengan pakar alergi. 

Makanan bijan, seperti minyak bijan, biji bijan 

Alergi bijan kian bertambah, dan sama seperti alergi kacang tanah, alergi bijan boleh melarat, dan boleh membawa kepada anafilaksis. 

Sekiranya keluarga terdekat bayi anda tiada sejarah alergi, anda boleh memberikan anak anda makanan bijan seperti tahini (pes bijan) apabila usianya mencecahenam bulan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi, dapatkan nasihat pakar pediatrik tentang bercerai susu. Anda boleh juga meminta dia mengaturkan perjumpaan bayi anda dengan pakar alergi. 

Ikan dan produk ikan 

Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa anda seharusnya tidak memberi sebarang ikan atau makanan kerang kepada bayi lebih muda dari enam bulan, sebab terdapat kebarangkalian kecil yang mereka akan mendapat reaksi alergi.

Kanak-kanak juga patut jangan makan ikan yu, ikan todak atau marlin. Ikan-ikan ini mengandungi tahap merkuri yang tinggi dan boleh menjejaskan perkembangan sistem saraf kanak-kanak yang sedang membesar.

Jangan berikan kerang-kerangan mentah kepada bayi dan kanak-kanak, sebab makanan ini membawa risiko keracunan makanan yang tinggi.

Ikan, terutama ikan lemak atau berminyak, seharusnya menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Kanak-kanak dan dewasa disyorkan memakan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu. Satu daripadanya harus ikan berminyak.

Ikan segar seperti salmon, trout, kod, haddock, ikan dalam tin seperti sardin dan sardin besar, termasuk produk ikan seperti jejari ikan dan kek ikan semuanya merupakan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak. Elak dari memberi ikan tin yang diawet dengan air masin, sebab tahap garam dalamnya adalah lebih tinggi daripada ikan yang disimpan dalam minyak. 

Kacang soya dan produk berasaskan soya 

Setengah kanak-kanak kecil mempunyai reaksi alergik terhadap soya dan produk soya termasuk susu formula soya. Simptom alergi soya sama seperti alergi susu, dan melibatkan ruam tebal, cirit-biritmuntah-muntah, perut memulas dan sesak nafas. Jarang sekali, namun boleh berlaku, ialah anafilaksis. Kanak-kanak yang alergik terhadap susu lembu sepatutnya diberikan formula berasaskan soya selepas mendapat nasihat perubatan sebab bayi yang alergik terhadap susu lembu juga kadang-kala alergik terhadap soya juga. Susu dihidrolisis tinggi atau formula kasein adalah alternatif kepada susu dan formula berasaskan soya. Mintalah nasihat doktor anda. 

Buah kiwi 

Ada segelintir orang yang melaporkan reaksi terhadap buah kiwi. Setengah reaksi ini adalah serius, terutama yang melibatkan kanak-kanak, dan bilangan orang yang terjejas nampaknya semakin bertambah. Ini mungkin berkaitan dengan peningkatan penyakit alergi secara keseluruhan, apatah lagi buah ini telah menjadi semakin popular di kalangan kanak-kanak.

Buah kiwi merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, kalium dan serat. Jika anak anda sudah mempunyai alergi terhadap makanan tertentu, atau jika terdapat sejarah alergi keluarga, anda dinasihatkan supaya tidak memberi anak anda buah kiwi sebelum usia enam bulan. (Sebaik-baiknya, anda tidak memperkenalkan sebarang pepejal sebelum usia enam bulan, melainkan anda dinasihatkan sebaliknya oleh doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.) 

Madu 

Madu ialah gula, dan memberikan anak anda gula menggalakkan kegemaran terhadap makanan manis dan mengakibatkan kerosakan gigi. Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa anda tidak memberi anak anda madusebelum usia satu tahun, sebab ada kalanya ia mengandungi bakteria yang boleh mengeluarkan toksin dalam usus bayi. Ini dikenali sebagai botulisme bayi. Apabila bayi anda mencapai usia satu tahun, ususnya sudah matang dan sudah boleh menangani bakteria dari membiak. 

Kismis 

Kismis dan lain buah kering seperti kismis anggur hijau menyediakan snek berkhasiat bagi bayi yang lebih tua atau kanak-kanak bertatih. Walau bagaimanapun, sebarang makanan berkeping kecil mempunyai potensi risiko bayi tercekik, apatah lagi jika umur anak anda kurang dari satu tahun. Oleh itu, adalah baik jika anda hadir semasa anak anda mencuba makanan jejari seperti kismis dan anda harus memastikan yang dia telah sudah cukup sedia dari segi perkembangannya untuk mengunyah dan boleh duduk tegak secara sempurna, selain dari menguasai pegangan sepit untuk mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuk dan mengangkat barang. 

Buah sitrus 

Buah sitrus seperti oren, oren mandarin, limau gedang, lemon dan limau nipis mengandungi banyak vitamin C. Sebelum usia enam bulan, bayi tidak seharusnya diberikan jus buah dan buah sitrus. Jika anda membeli makanan bayi tersedia, telitikan label untuk mengetahui sama ada ia mengandungi buah sitrus seperti lemon sering dimasukkan ke dalam puri makanan bercerai susu awal seperti epal dan pisang. Jika memberi jus buah, berikan untuk hidangan utama sahaja dan pastikan ia betul-betul cair (satu bahagian jus untuk 10 bahagian air) dan berikannya dalam cawan atau bikar, bukan botol. Jika diminum secara cepat, ianya membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi akibat kehadiran gula-gula dan asid secara semula jadi. 

Strawberi and raspberi 

Buah berbiji kadang-kala menyebabkan reaksi alergi bagi bayi. Tunggulah sampai bayi anda berusia enam bulan sebelum memberikannya. Reaksi alergik terhadap buah-buah jenis ini dan sayur-sayuran selalunya tidaklah serius, setakat menjejaskan mulut, menyebabkan rasa gatal atau ruam tebal di tempat-tempat di mana makanan itu menyentuhi bibir dan mulut. Ini dikatakan sindrom alergi mulut. 

Susu lembu 

Pada umumnya, pakar bersependapat bahawa anda seharusnya tidak memberi bayi anda susu lembu atau produk susu lembu sehingga bayi anda berusia enam bulan. Dari umur enam bulan, bolehlah anda mencampurkan sedikit susu lembu penuh krim dalam masakan, contohnya dalam sos keju atau kastard. Elakkan daripada memberi susu lembu sebagai minuman sehingga bayi anda berusia satu tahun, sebab ianya terlalu rendah dalam zat besi dan khasiat lain. Susu rendah lemak tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah dua tahun, tetapi boleh diberikan apabila mencapai umur dua tahun, asalkan tabiat makan anak anda itu sempurna, dietnya bervariasi, dan berat badannya normal. Jika tidak, gunakan susu penuh lemak sehingga anak anda berumur lima tahun. Susu rendah lemak tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah lima tahun sebab jumlah kalori dan vitamin penting dalamnya terlalu rendah. 

Susu kambing dan biri-biri 

Jangan beri susu kambing atau biri-biri kepada bayi di bawah satu tahun. Jika anda memilih untuk menggunakannya selepas setahun, pastikan ianya dipasteurkan. 

Susu formula menyusul 

Susu menyusul (atau susu membesar) diperbuat dari susu lembu dan dipasarkan atas kepercayaan yang ianya kaya dengan zat besi. Tidak ada keperluan untuk membeli formula membesar untuk menggantikan formula bayi. Jika anda bercadang menggunakannya juga, pastikan usia bayi anda sudah melebihi enam bulan. 

Keju 

Keju ialah satu sumber yang kaya dengan kalsium, dan menyediakan konsentrasi sumber tenaga. Anda boleh memasukkan sedikit keju dalam diet bayi anda dari usia enam bulan. Keju lapuk matang yang lembut, seperti brie dan camembert, tidak sesuai, sebab mempunyai risiko bakteria listeria. 

Makanan serat tinggi 

Makanan berserat tinggi adalah tidak sesuai untuk bayi atau kanak-kanak muda. Penggunaan roti mil penuh, pasta dan bijiran tidak menjadi masalah, tetapi elakkan daripada memberi makanan ini terlalu banyak sebab ianya akan memenuhkan perut anak anda, dan menjejasan pemakanan makanan lain.

Jangan masukkan sekam bijiran ke dalam makanan bayi anda sebab ia menghalang mineral penting tertentu daripada menyerap masuk. Berikan makanan berkanji yang bervariasi, termasuk pelbagai mil penuh untuk anak anda tetapi elakkan daripada menggunakan makanan mil penuh secara ekslusif sehingga anak anda berusia lima tahun. 

Teh 

Minuman teh tidak disyorkan untuk bayi atau kanak-kanak kecil. Ianya mengurangkan penyerapan zat besi apabila diambil dengan hidangan utama, ia mengandungi kafeina dan boleh melecurkan mulut bayi anda. Jika teh ditambah gula, ia juga menyumbang kepada kerosakan gigi. 

Minuman bergas dan minuman soda 

Minuman skuasy, minuman soda bergas, juga susu berperisa dan minuman jus tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang baru mula bertatih. Ini disebabkan kanak-kanak yang banyak diberikan minuman manis, terutama sekali minuman bergas dan skuasy, didedahkan kepada risiko kerosakan gigi sebab minuman itu telah dicampur dengan gula dan mengandungi asid. Juga terdapat risiko bagi kanak-kanak yang “menyerempet” (graze iaitu makan snek) sepanjang hari menjejaskan selera mereka untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Setengah kanak-kanak juga akan menghidap “cirit-birit kanak bertatih” sebab terlalu banyak mengambil skuasy.

Pati jus buah mengandungi banyak vitamin yang mujarab untuk kesihatan kanak-kanak, terutama sekali vitamin C. Gula-gula yang terkandung dalamnya adalah bahaya untuk gigi, jadi cairkan minuman itu dengan baik (satu bahagian jus untuk 10 air), berikan jus semasa hidangan utama sahaja, dan gunakan cawam atau bikar, bukan botol. Minuman yang terbaik untuk kanak-kanak pada masa selang antara hidangan utama ialah air dan susu. Ini tidak mengandungi gula-gula yang boleh merosakkan gigi. Susu juga mengandungi vitamin dan mineral penting, seperti kalsium, vitamin B2 dan B12.