Formula 4KIB saya ilhamkan sendiri...untuk ibubapa anak2 asuh saya dan juga saya sendiri...
- Kejujuran – setiap kejadian yang berlaku baik di rumah mahu pun di taska, saling memberitahu dan bukan mendiamkan diri dan juga bukan saling salah menyalahkan. Jika masing-masing bersikap saling menyalahkan, bayi anda akan menjadi mangsa keadaan dan ini menyebabkan perkembangan bayi yang kurang sihat. Adalah lebih baik jika kedua-dua belah pihak BERBINCANG dengan aman dan mencari jalan penyelesaian. Contoh : Bayi anda jatuh dan sebagainya.
- Kepercayaan – saling percaya mempercayai. Sebagai ibubapa anda haruslah percaya dan yakin bahawa bayi anda yang berada di dalam jagaan pengasuh dalam keadaan selamat. Pengasuh pula WAJIB AMANAH akan kepercayaan yang diberikan ibubapa.
- Komunikasi – ini sangat PENTING kerana akan mewujudkan keseimbangan asuhan antara ibubapa dan pengasuh.
- Kekeluargaan – ibubapa perlu mengganggap pengasuh bayi anda merupakan AHLI KELUARGA anda dimana ia akan mewujudkan prinsip hormat menghormati dan bukanlah mengganggap pengasuh sebagai ‘bibik’ atau ‘pembantu’. Pengasuh juga perlu mengganggap bayi yang diasuh sebagai ANAK SENDIRI agar dapat mewujudkan asuhan yang berkualiti.
- Bertolak-ansur – sikap ini telah terbukti akan mewujudkan KEHARMONIAN dalam hubungan ukhwah antara pengasuh dan ibubapa.
P/S : Apa kata ibubapa mengenai 4KIB ???
No comments:
Post a Comment