PuKuL BeRaPa DaTuK HaRiMaU...




Free Clock



Wednesday, 23 November 2011

OuR LuNcH..........

Arini cik d nak share menu yang cik d masakkan untuk anak2 cik d....untuk piya, balqis dan aniq (eh...aniq...sapa itu........nanti cik d cerita k) cik d masakkan fruity porridge.... jom ler kita layan pic....baru best...

bahan-bahannye ~ epal merah, anggur dan kismis (semua direbus dulu kecuali anggur...hehehe...klu rebus anggur ape jd daaa...)
rupe epal dan kismis direbus...lepas tu kita blend dengan bubur nasi...
tadaaaaa.....hah dah siap dah rupe fruity porridge utk anak-anak cik d...
tgk aniq bukan kemain seleranyer.......uishh tgk muncung aniq...sangat tajam kan??? hehehe
alhamdulillah....aniq dah kenyang...dan sgt gembira.....
ni tgk licin baby bowl aniq.......
hehehehe...piya mula2 muka pelik jer tp lama2 sedap......
hah tgk sampai pegang sudu...x sabar2 tggu nak masuk dalan mulut...
layankan jer piya.......malas nak pikir pape dah....hehehehe
baby bowl piya pon licin....yummmyyyyy2.......
 untuk caca plak....(zameer dan abg kebetulan cuti arini) so msk tuk caca jer la cik d masak bubur nasi labu...

bahannyer - labu dan baby carrot....knp baby carrot....nanti cik d inform kat bwh ni....
mula2 cik d tumis bwg merah dan ikan bilis yg di blend....terus mskkan air  dan  bhn2 seperti gambar di atas...
lepas rebus labu & carrot....so cik d lenyekkan bersama2 bubur nasi.....

Cerita mengenai baby carrot...kenapa cik d pilih baby carrot dari carrot biasa yg kita guna tu....dulu waktu ambil course culinary.....chef cik d pernah bgtau yg....klu ada lebihan carrot yg kita dah potong klu kita guna balik carrot yg kita guna tu sebenarnya hanya lah seperti hampas kerana segala vitamin dan zat yg ada dlmnyer dah hilang.....begitular ceritanya....anak2 cik d mesti dptkan makanan yg terbaik...insyaAllah..... ;)

Tuesday, 22 November 2011

bErSaWaNg..........& 7 sebab bayi menangis.....

Assalamualaikum semua....lame betul cik d x update blog....byk yg diceritakan ni...tp tggu.............sebab kena tunggu....Pertama - cik d terlalu busy  Kedua- tgh tggu UNIFI officially akan dipasang ESOK!!! selepas itu cik d akan hari2 update ye.....heheheeh..just nak share satu info for all mommies...


7 SEBAB BAYI MENANGIS

Tujuh sebab bayi menangis dan bagaimana menenangkan mereka

Apakah sebabnya bayi menangis?

Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan itu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan senyuman,semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.

1. Saya perlukan makanan
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat
Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
  • muntah-muntah
  • diarea
  • konstipasi 
7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik.

Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu. [APA ITU KOLIK?]

Anak saya sedang menangis - apa harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.
  • Selimutkan dia dan peluk dengan rapi 
    • Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan. 
  • Dapatkan ritma yang teratur 
    • Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.) 
  • Buai-buaikan bayi 
    • Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta. 
  • Cubakan urutan 
    • Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas. 
  • Biarkan dia menghisap sesuatu 
    • Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang. 
Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibubapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas.

Di sini diberikan beberapa cadangan:
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

Saturday, 8 October 2011

Riak wajah anak-anak Cik D

Adakala riak wajah anak2 ketika senyum, nangis dan tido merupakan satu terapi tuk kita....sumpah cik d x tipu...jom kita layan muke anak-anak cik d....sangat comel dan terasa sangat tenang.....

@ ABG



@ CACA



@ BALQIS





@ PIYA




@ ZAMEER



Sape setuju....mereka anugerah x ternilai...mereka sgt cantik...ciptaan yg terindah.....

dan mulai sekarang....anak2 cik d diwajibkan panggil cik d.... 'UMMI'
 cik d suke panggilan ni selepas terdengar ada budak2 panggil mak mereka dengan panggilan ummi...sgt sweet dan tenang jer bile dengar.....hehehe

Aircond dan Orang Baru di Taska


Pada 3 Oktober 2011 , Taska dan Cik D menerima orang baru....orang baru yg cik d maksudkan ialah pembantu kepada cik d....Pembantu cik d namanya Nurshafinas dan cik d gelarkan beliau di taska dengan pangilan mama inas....Mama inas juga membawa anaknya di Taska...Qaseh Zulaikha...so sekarang bilik baby ada 8 orang , 2 dewasa dan 6 babies...dan ia membawa kepada haba yg tersangatlah tinggi....dan bilik baby tersangat laa panas pada tengah hari....hanya Allah jer yg tau bertapa panasnya bilik baby....so cik d decide nak pasang aircond....so alhaamdulillah juga berkat doa dan kesabaran cik d Allah mempermudahkan urusan cik d dengan bantuan mama piya.....to mama piya (ziadora) thanks for your support....takkkan dilupakan dan sangat2 dihargai....semoga Allah memberi rezeki yg melimpah ruah tuk mama piya sekeluarga....amin ;)

Inilah Mama Inas
Qaseh Zulaikha....Selamat Datang Sayang....

Bercerita pasal aircond....ari selasa mlm cik d terus survey2 aircond utk bilik baby...dengan bajet yg ade mula2 cik d decide nak cari yg bwh rm1k...tapi bile dah sampai kedai aircond tiba2 cik d terjatuh cinta dengan aircond jenama SAMSUNG ASV09ESLN...kenapa cik d terjatuh cinta dengan aircond ni...jom baca kat bawah ni...cik d share skit pasal aircond ni...


Samsung Crystal Inverter air conditioner dazzles with its high glossy panel. What's more you can enjoy, refreshing clean air with its strong power and purifying function. Now, you can have high performance and energy savings without sacrificing beauty.
Turns your home into an Intensely Purified Zone.

Turns your home into an Intensely Purified Zone. (the most why i choose this brand)

Talk about a breath of fresh air. Samsung's Micro Plasma Ion system dramatically improves indoor air quality so your every breath is a pure, healthy one. It eliminates invisible, health-threatening biological contaminants such as viruses, bacteria and allergy-causing agents, protecting you from disease and everyday illnesses.(yes...most IMPORTANT for babies...sebersih mana pon kita tetapi benda2 sebesar zahrah ni mmg x dpt nk dielakkan)  Purifying over 19.16m3 of space, the MPI system not only blows a lot of fresh air into a home, it blows away the competition.
Wake up in a good mood with Good Sleep.

Wake up in a good mood with Good Sleep.

Missing out on a good night’s sleep can mean bad news for your day. That’s why Samsung’s Good Sleep feature creates an ideally comfortable climate in your bedroom. With a precise temperature control system and automatic moisture adjustment, all three vital stages of your sleep is protected from humidity and heat so you wake up fully refreshed and ready to take on a new day. Good Sleep not only saves you precious minutes and hours of potentially lost sleep, it also saves up to 36% in energy consumption compared to the normal cooling mode.
Complete comfort. Total efficiency.

Complete comfort. Total efficiency.

Samsung’s S-Inverter not only reaches your desired temperature quickly, it maintains it without all the inefficient on-and-off required by most ACs. With S-Inverter, you don’t have to shut the power off to conserve energy and keep your bill down. The AC automatically changes its operation mode to economic, saving up to 50% in energy consumption compared with a non-inverter AC, while still delivering ultimate comfort at your exact desired temperature. And, it doesn’t only require less energy, it produces less vibration, so your environment is as peaceful as it is comfortable.
A silver coated solution.

A silver coated solution.

A good air conditioner shouldn’t just cool you down; it should also circulate clean, fresh air. Samsung Air Conditioners feature an Anti-Virus filter and an evaporator with a silver finish. 1.6 times stronger than your typical pre-filter, this super fine silver filter, made with thin filaments 1/3 the width of a human hair, is designed to eliminate microscopic dust particles, fungi and unpleasant odors. So now you can cool off and relax with clean and cool air.

Bright light. Deep breath.

 Bright light. Deep breath.
Don’t hold your breath till you turn blue. Samsung’s Blue LED Lamp lets you breathe easy knowing that your AC is pumping out clean, healthy air. As soon as MPI function’s switched on, your Samsung air conditioner begins the air purification process so you’re always taking breathing the freshest air. And the Blue LED indicator gives you total peace of mind as it shines its approval of the pristine air quality of your home.

Slim design. Powerful output.

 Slim design. Powerful output.
Design should never be an afterthought. Samsung’s new slim, sleek ACs are 12% smaller and 20% lighter but perform as powerfully as their larger counterparts. An exclusive slim design not only ensures that they are lightweight, easy-to-install and space-saving, but makes them a sophisticated aesthetic presence in your home as well.

Easy to use. Easy to master.

 Easy to use. Easy to master.
Samsung’s ergonomic, innovative remote control was designed for everyone, whether you’re in the first grade or celebrating your 81st birthday. With bigger numbers, soft-touch buttons, an easy-view display and a comfy grip, you’re always in control. And its circular navigation keypad truly brings power to the people.

A cool way to keep your air clean.

 A cool way to keep your air clean.
You might not know it, but an air conditioner can produce mold and spread germs. That’s because the difference between internal and external air temperatures causes moisture to form inside the unit—and moisture equals bacteria. Our solution? Samsung air conditioners feature auto cleaning, which automatically runs the fan even after you turn it off, keeping everything dry and odor-free while preventing germs from spreading.


Jadi inilah sebab2 kenapa cik d memilih aircond yang ini..dan pikir punya pikir....xperlah bajet besar skit tp tuk tahan lama kan...Alhamdulillah semoga anak2 cik d selesa dengan kemudahan baru yg ada ni....insyaAllah.... ;)

Taska Terbuka Cik D


Wahhhhhh......lama betul x update blog.....ampun semua.....bulan September merupakan bulan yg TERLALU busy buat cik D.....selain hari raya ada 3 event penting....okeh2 dari menceceh dari tadi...meh kita cerita pasal Taska Terbuka Cik D....cik d buat taska terbuka pada 24 September 2011 bersamaan hari sabtu.....sebenarnya taska terbuka start pukul 4 pm tp tetamu dah dtg since pukul 3 lagi.....dan sepatutnya taska terbuka abis kul 8 tp habis kul 10.30pm.....Antara menu2 yg dihidangkan ialah :

~Soto Nasi / Meehon
~Mee Goreng
~Spaghetti Bolognaise
~Salad Buah
~Nugget / Kentang / Keropok lekor
~Kek Batik
~Air laici
(tak tahu la sedap ke x ni...hehehehehe)


















Thanks to mama piya for brought this for taska

Jiran a.k.a orang kuat majlis...terima kasih sebab sudi membantu walaupun tgh tunggu hari nak bersalin....



tetamu terakhir pukul  10.30pm...

Cik D mengucapkan terima kasih semua atas kehadiran semua di Taska Terbuka Cik D yang x seberapa ni....kalau ada terkurang lebih harap dimaafkan...InsyaAllah murah rezeki dan panjang umur kita berjumpa lagi yer.....amin ;)

Friday, 23 September 2011

Dah Xde ayat Dah.... ''NAAUZUBILLAH""



Cer tgk entry ni..saya copy paste jer....x terkata saya sangat terkedu.... mmmmm :'(



Budak 2 tahun Diperkosa Di Rumah Pengasuh

 | 23/09/2011
PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit. 
Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya. 
Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.